Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 14 Februari 2023, jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Sivik Arau telah berlangsung Konvensyen Guru KAFA dan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) Tahun 2023 yang dirasmikan oleh. Tuan Hj Nazim bin Mohamad Nor CEO Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan JAKIM, Us Mohd Anuar bin Abd Rani, Pengarah Jab Agama Islam Perlis Pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS), Pegawai dan Kakitangan MAIPS serta seluruh Penyelia dan Guru KAFA Negeri Perlis

Majlis ini diadakan bertujuan memberi pendedahan Garis Panduan dan Peraturan2 KAFA kepada guru2 KAFA perlis seramai 740 orang dan mengeratkan hubungan di antara Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) Perlis dengan Bahagian Pendidikan JAKIM bagi mempertingkatkan perkembangan Pendidikan Islam di Negeri Perlis bagi tahun 2023.

Konvensyen Guru KAFA dan SAPPs 2023 1

Konvensyen Guru KAFA dan SAPPs 2023 2

Konvensyen Guru KAFA dan SAPPs 2023 3

Konvensyen Guru KAFA dan SAPPs 2023 4

Konvensyen Guru KAFA dan SAPPs 2023 5