Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Institut Latihan Islam Malaysia, 15 Februari 2023 bersamaan 24 Rejab 1444H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bilangan 1 Tahun 2023 bertempat di Bilik Syura Umar Al-Khattab, Aras 2, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama, Bangi Selangor.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan dihadiri oleh ahli Panel Pakar Falak JAKIM, YBrs. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan selaku setiausaha dan Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Mesyuarat ini juga telah menganalisis dan mengesahkan data bagi hari cerapan, awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah Tahun 1444H / 2023, semakan Takwim 2025 /1446-1447H. Manakala Profesor Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin telah membentangkan laporan kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langitdan Pembiasan Cahaya di Ufuk bagi tahun 1443H.

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 1

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 2

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 3

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 4

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 5

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 1 2023 6