Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bandar Baru Bangi, 15-16 Februari 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Falak Tahun 2023 yang bertajuk : Takwim Global.

Bengkel ini dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Dr. Mustafa Din bin Subari serta dihadiri oleh Panel Pakar Falak JAKIM, Pengarah Kanan dan Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM. Bengkel selama 2 hari 1 malam bertempat di ILIM ini telah berjaya merungkai beberapa isu berbangkit berkaitan Takwim Global yang telah dicadangkan dalam Kongres Penyatuan Kalendar Hijri Seluruh Dunia di Istanbul, Turki.

Bengkel ini juga telah meneliti dua pembentangan iaitu Kajian dan Cadangan Takwim Hijri Global oleh YBrs. Dr Abdul Halim bin Abdul Aziz dan Analysis Tool For Lunar Crescent Visibility Criteria Based oleh YBrs. Saudara Muhamad Syazwan bin Faid. Bengkel jua telah mendefinasikan maksud Imkanur Rukyah selari pelaksanaannya di Malaysia dan jua Negara MABIMS.

Bengkel Falak 2023 Takwim Global 1

Bengkel Falak 2023 Takwim Global 2

Bengkel Falak 2023 Takwim Global 3

Bengkel Falak 2023 Takwim Global 4

Bengkel Falak 2023 Takwim Global 5