Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bandar Baru Bangi, 17-19 Januari 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bicara Falak : Penyelarasan Takwim & Aktiviti Falak Seluruh Malaysia Tahun 2023.

Program selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan JAKIM serta dihadiri seramai 36 orang yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia. Tujuan utama program ini adalah menyelaras takwim dan aktiviti falak bagi tahun 2023 samada di peringkat nusantara, kebangsaan, negeri dan setempat.

Selain itu, program ini juga turut membentangkan beberapa tajuk falak berkaitan seperti Almanak Falak Tahunan, Sistem Takwim Hijri, Peranan NGO Falak Malaysia dan Isu-Isu Falak Kontemporari. Hasilnya kesepakatan agensi-agensi berkaitan falak dalam menangani isu semasa dan aktiviti falak dapat diselaraskan dengan baik.


Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 1

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 2

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 3

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 4

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 5

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 6

Bicara Falak Penyelarasan Takwim 2023 7