Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
BANGI, 16 Februari 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari TEKUN NASIONAL , Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diketuai oleh Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Korporat) hari ini bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi berkaitan pembangunan modal insan terutama dari aspek integriti untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM hadir mempengerusikan sesi pertemuan ini.

Kunjungan Hormat Dari TEKUN ke ILIM 2

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1169-kunjungan-hormat-dari-tekun-nasional-ke-institut-latihan-islam-malaysia