Kurator Berita : Darul Quran
10 Februari 2023 - Seramai 14 orang calon pelajar baharu telah menjalani sesi temu duga bagi Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM. Sesi temu duga ini telah diadakan pada 8 dan 10 Februari 2023. Calon-calon tersebut terdiri daripada kategori oku penglihatan, mualaf dan juga peribumi Sabah serta Sarawak.

Sesi temu duga ini dijalankan secara bersemuka dan secara dalam talian melalui medium Google Meet. Tiga orang panel dalam kalangan pegawai Darul Quran telah dilantik bagi menilai tahap kemampuan hafazan, akademik serta sahsiah calon.

Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran merupakan program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar kategori oku penglihatan, mualaf, orang asli serta peribumi Sabah/Sarawak. Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 1-10 dalam tempoh pengajian selama dua semester di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Aqidah. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Darul Quran sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Calon OKU Sabah Sarawak Hadiri Darul Quran

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=725