Kurator Berita : Darul Quran
13 Februari 2023 – Seramai lima orang pegawai kanan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang telah dijemput ke Darul Quran bagi membentangkan penyataan hasrat untuk mengadakan kerjasama akademik dengan Darul Quran. Kerjasama yang dicadangkan ini adalah untuk menjadi salah sebuah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.

Mesyuarat memutuskan agar perkara ini dirujuk terlebih dahulu dengan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum tindakan selanjutnya diambil. Berdasarkan standard yang telah ditetapkan, kerjasama antara kedua pihak hanya boleh direalisasikan selepas diperakui serta dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik dan Mesyuarat Lembaga Darul Quran.

Sesi perbincangan kali ini merupakan susulan kunjung hormat yang diadakan oleh KITAB pada 24 Jun 2022. Delegasi KITAB yang hadir ketika itu diketuai oleh Rektor KITAB sendiri iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.

Jawatankuasa DQ Bincang Penglibatan Semula Kitab Sebagai LTDQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=727