Kurator Berita : Darul Quran
14 Februari 2023 - Darul Quran telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut serta dalam delegasi USIM ini ialah Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta pengurusan tertinggi Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM.

Antara tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik dalam meneruskan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM yang dikendalikan oleh Darul Quran. Selain itu, tujuan kunjungan ini juga adalah untuk menyelaraskan gerak kerja ke arah pematuhan Garis Panduan Program Kerjasama Secara Francais Universiti Awam dengan Institusi Pendidikan Tinggi Dalam dan Luar Negara (edisi 2021).

Turut menyantuni delegasi pelawat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Darul Quran serta pengurusan tertinggi Darul Quran. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar.

Kunjungan hormat Naib Canselor USIM ke DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=730