Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Seremban, 14 Februari 2023 – Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Operasi Cegah Jenayah Syariah pada Valentine’s Day yang bertujuan mengekang aktiviti maksiat dan tidak bermoral di kalangan umat Islam. Operasi ini terdiri dari 20 orang pegawai dari BPPPS dan 50 orang penguatkuasa agama JHEAINS. Sesi taklimat telah diadakan pada jam 10.30 malam di bilik mesyuarat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS.

Serbuan telah dilakukan di beberapa buah lokasi di sekitar bandar Seremban. Operasi pada malam tersebut tertumpu pada 2 Seksyen iaitu Seksyen 60 dan 61, iaitu Seksyen di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 , bagi kesalahan Persetubuhan Haram dan Percubaan Persetubuhan Haram. Operasi telah bermula jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 3.00 pagi.

Pada operasi tersebut pihak JHEAINS telah berjaya menahan beberapa pasangan di bawah Seksyen 60 dan 61, iaitu Seksyen di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. Pasangan yang ditahan telah disiasat untuk tindakan seterusnya.

Valentines Day Suluh Kekasih 1

Valentines Day Suluh Kekasih 2