Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
24 - 26 Februari 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah menganjurkan Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Sukarelawan Sosial Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan dan ilmu asas bimbingan serta kaunseling kepada 50 orang para Sukarelawan Sosial Islam yang terdiri daripada aktivitis NGO, Sukarelawan Youth of Strength & Happiness (YOSH), mahasiswa-mahasiswi Darul Quran, Kolej Profesional Baitulmal KL, UNITAR, dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP dalam menyantuni komuniti yang terlibat dengan gejala sosial.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Antara slot pengisian kursus adalah Ujian Personaliti Diri, Konsep Asas Bimbingan dan Kaunseling, Kemahiran Asas Menolong, Teknik Asas serta Proses Bimbingan Kaunseling yang dikendalikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Hari terakhir kursus diteruskan dengan sesi praktikal Makmal Bimbingan Kaunseling Asas dan Lanjutan yang kendalikan oleh barisan fasilitator yang berkemahiran iaitu YBhg. Datin Rasidah binti Omar, Puan Alina binti Ahmad, Puan Nurul Amhani binti Jasni Apandi dan Encik Taufik bin Mahmud.

Alhamdulillah penyertaan dan maklum balas peserta berkenaan kursus kali ini positif dan amat memberangsangkan. Diharapkan para peserta dapat mempratikkan segala ilmu bimbingan dan kaunseling semasa aktiviti menyantuni komuniti dilapangan pada masa akan datang.

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 1

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 2

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 3

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 4

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 5

Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling SSI 6