Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
27 Februari 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti telah mengadakan kunjung hormat dan sesi taklimat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Delegasi JAKIM diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah hadir bersama dengan dua pegawai. Delegasi ini telah disambut mesra oleh Tuan Haji Zulkifli bin Rashid, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang serta pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Kunjungan dan sesi taklimat ini menjadi platform kepada JAKIM untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di samping menyebarluaskan perkhidmatan dan modul yang telah dibangunkan oleh JAKIM supaya ia boleh dilaksanakan secara meluas dan konsisten oleh Jabatan Agama Islam Negeri dengan jayanya. Antara perkhidmatan dan modul yang telah dibentangkan adalah Modul Pascaperkahwinan Islam, Inisiatif Lelaki Qawwam dan Pusat Perkhidmatan Keluarga, Sosial dan Komuniti CareCentre (KSKCC)

Moga dengan jalinan kerjasama erat melalui pelaksanaan program berdasarkan Modul ini dapat memberi manfaat dan membantu masyarakat mendapatkan ilmu kekeluargaan seterusnya membantu mewujudkan keluarga yang diredhai Allah.

Kunjungan Hormat Dan Sesi Taklimat Ke JHEAIPP 5

Kunjungan Hormat Dan Sesi Taklimat Ke JHEAIPP 4

Kunjungan Hormat Dan Sesi Taklimat Ke JHEAIPP 7

Kunjungan Hormat Dan Sesi Taklimat Ke JHEAIPP 1

Kunjungan Hormat Dan Sesi Taklimat Ke JHEAIPP 2