Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
24 - 26 Februari 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti telah menganjurkan Program Rehlah Till Jannah (RTJ) Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) & Pertubuhan Komuniti Cakna Terengganu (KCT) bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.

Program yang dihadiri oleh 40 orang peserta daripada KCT ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Islam dan HIV kepada komuniti dan kumpulan berisiko. Selain itu, program ini juga bertujuan menyemai semangat kerohanian dan jati diri serta semangat berpasukan dalam diri setiap peserta.

Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani (Pengarah Bahagian KSK JAKIM). Dalam ucapannya, YBrs. Pengarah telah menitipkan pesanan kepada semua peserta agar berazam untuk mengilhamkan perubahan dalam diri masing-masing ke arah kehidupan yang lebih berkualiti. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Muhammad Ash-Shafie bin Abd Manan (Penolong Kanan Pesuruhjaya JHEAT) dan Encik Amran bin Mohd Yazid (Ahli Majlis Syura CAKNA).

Antara slot pengisian program adalah ceramah berkaitan HIV dan Kesihatan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mahani binti Nordin (Pegawai AIDS Negeri Terengganu) dan ceramah seterusnya berkaitan dengan Terapi Jiwa yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Nik Zulhaiza bin Ismail (KPP Penyelidikan JHEAT). Slot Modul dan LDK telah dijalankan oleh YBrs. Ustaz Azki Hafizi bin Ibrahim dan diselaraskan bersama oleh Bahagian KSK JAKIM.

Secara keseluruhannya, program RTJ yang diadakan ini mendapat maklumbalas positif daripada semua peserta dan mereka berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Pihak penganjur dan agensi kerjasama juga mengharapkan agar para peserta memperoleh input yang bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Program RTJ Negeri Terengganu 1

Program RTJ Negeri Terengganu 2

Program RTJ Negeri Terengganu 3

Program RTJ Negeri Terengganu 5

Program RTJ Negeri Terengganu 6

Program RTJ Negeri Terengganu 7

Program RTJ Negeri Terengganu 8

Program RTJ Negeri Terengganu 9

Program RTJ Negeri Terengganu 10