Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
5 Mac 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) telah berjaya mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perak Tahun 2023. Multaqa ini telah berlangsung di Dewan Reflisea, Hotel Kinta Riverfront, Ipoh Perak.

Program ini diadakan bertujuan memberi penjelasan tentang hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan isu-isu semasa dalam negara, di samping pertemuan antara para murabbi ummah dengan pihak kerajaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di kalangan masyarakat Islam.

Program ini telah menghimpunkan peserta seramai 600 orang murabbi ummah yang terdiri daripada para imam, guru KAFA, guru takmir, guru tahfiz, guru pondok, guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dari seluruh negeri Perak.

Multaqa tersebut telah dimulakan dengan slot Bicara Mufti “Dakwah Kontemporari" yang disampaikan oleh YBrs. Sohibus Samahah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Tuan Haji Jamali Bin Mohd Adnan.

Majlis perasmian multaqa dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Senator Datuk Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Seterusnya ucapan perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yussoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusuh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM , YBrs. Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri

Multaqa Muraabi Ummah Negeri Perak 1

Multaqa Muraabi Ummah Negeri Perak 2

Multaqa Muraabi Ummah Negeri Perak 3

Multaqa Muraabi Ummah Negeri Perak 4