Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
6 Mac 2023, Selangor - Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah membuat kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Delegasi BPPPS yang diketuai oleh YBrs. Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Yusaini bin Yusof, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS dan pegawai BPP JAIS.

Intipati perbincangan kunjungan hormat adalah terarah kepada perbincangan dan penjelasan semula tentang Sistem e-Jinayat kepada Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS. Dalam sesi tersebut, dimaklumkan bahawa Sistem e-Jinayat merupakan pendigitalan aliran kerja (work flow) tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan secara sistematik bermula dengan dengan penerimaan aduan sehinggalah penyediaan fail kes untuk dibawa ke Mahkamah Syariah. Justeru, sistem ini dapat membantu melancarkan kerja Pegawai Penguat Kuasa Agama di samping membantu pihak Penguat Kuasa Agama Negeri mendapatkan data dan maklumat berkaitan sesuatu kes dengan cepat dan tepat.

Sesi penjelasan Sistem e-Jinayat telah disampaikan oleh En. Shah Juhan bin Samuri, Vendor daripada Sand Consulting Sdn. Bhd. Dalam kunjung hormat ini juga, BPPPS turut menawarkan sesi simulasi sistem e-Jinayat kepada BPP JAIS.

Untuk rekod, turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut wakil daripada BPPPS JAKIM iaitu Puan Noor Azlina binti Mohd Azim @ Ejim dan Cik Hanizah binti Mukhtar manakala wakil daripada BPP JAIS iaitu En. Sharom bin Maarof, En. Helmi bin Ehsan, En. Sahadan bin Idrus, dan En. Burhanuddin bin Abdul Halim.

Kunjung Hormat BPPPS Ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS 1

Kunjung Hormat BPPPS Ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS 2

Kunjung Hormat BPPPS Ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS 3

Kunjung Hormat BPPPS Ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS 4