Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Bukit Tinggi, Pahang – 1 hingga 3 Mac 2023 (Rabu - Jumaat) bersamaan 8 hingga 10 Sya’aban 1444H, Cawangan Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang menganjurkan Program MyInsaniah Siri 1/2023 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT). Program ini dihadiri oleh pelajar 10 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang seramai 53 orang, berumur 15 – 17 tahun. Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Yang Dihormati Encik Zaidi bin Ismail, Ketua Penolong Penarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.

Objektig program ini adalah untuk memperkasan kefahaman Islam golongan remaja dan istiqamah dalam mentaati tuntutan agama dan melahirkan remaja sebagai modal insan yang berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan, memiliki jati diri yang kukuh melalui pengamalan nilai-nilai insaniah. Selain itu juga, objektif program untuk membangunkan remaja sebagai qudwah dan pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Program ini dikendalikan oleh 4 orang Fasilitator dan penceramah yang terlatih dengan menggunakan Modul Jati Diri. Modul Jati diri berteraskan konsep Ihsan sebagai asas kepada pembentukan jati diri remaja. Pengisian program ini terdiri daripada slot pecah bending, slot ilmu, latihan dalam kumpulan, riadah bermodul, latihan kuliah spontan dan Qiyamullail.

Program Myinsaniah Siri I 2023 1

Program Myinsaniah Siri I 2023 2

Program Myinsaniah Siri I 2023 3

Program Myinsaniah Siri I 2023 4

Program Myinsaniah Siri I 2023 5

Program Myinsaniah Siri I 2023 6

Program Myinsaniah Siri I 2023 7