Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
27 FEBRUARI 2023 - Alhamdulillah, pada hari ini JAKIM telah berjaya melaksanakan Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Ilaj Home Di Mukim Bandar, Kuala Lumpur kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis tersebut telah disempurnakan dengan majlis tanda tangan dokumen penyerahan antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jemain, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan JPM.

Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Ar. Idr Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) JPM, YBhg. Dato’ Norman bin Rabbani Pengarah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, YBhg. Dato’ Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Wakil daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM

JAKIM mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan dedikasi yang diberikan secara berterusan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan projek ini termasuk pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kontraktor utama iaitu Zinpac Enterprise Sdn. Bhd. dan perunding-perunding yang terlibat iaitu Zasyaz Engineering serta IHZ QS Consult dan sub-kontraktor yang terlibat. JKR telah melakukan yang terbaik dalam mengurus dan memantau pelaksanaan projek ini supaya berjalan lancar. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana memberi kebenaran untuk melaksanakan pembinaan di atas tapak tanah MAIWP sebagai sumbangan kepada pembangunan dan kebajikan Islam.

Seiring dengan penyediaan prasarana pembangunan negara, Ilaj Home merupakan pusat perlindungan setempat yang bakal beroperasi di sebuah bangunan utama 6 tingkat yang boleh memuatkan 100 orang penghuni berdasarkan kepada tujuan penubuhan institusi ini. Ilaj Home juga merupakan pusat perlindungan berteraskan Islam yang beroperasi secara rasmi oleh Kerajaan Persekutuan.

Ilaj Home dibina bagi memastikan penghuni mendapat perlindungan dan kebajikan berlandaskan Islam serta menyediakan pusat perlindungan yang lengkap dengan prasarana bersesuaian. Dengan tersedianya kemudahan tempat tinggal yang kondusif dan memenuhi keperluan serta dapat memberi keselesaan kepada penghuni Ilaj Home.

Justeru, pada hari ini majlis penyerahan Ilaj Home telah berjaya diserah kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) untuk tujuan pengurusan, penyelenggaraan, pentadbiran dan pengoperasian bangunan Ilaj Home yang tersergam indah.

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 1

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 2

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 3

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 4

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 5

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 6

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 7

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 8

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 9

Penyerahan Projek Baki Kerja Ilaj Home 10