Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Kuala Terengganu, 9 Februari 2023- Seramai 80 murid KAFA tahap 2 telah mengikuti Kem Solat dengan jayanya bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Losong, Kuala Terengganu yang telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Tarmizy bin Dato' Haji Alias, Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Kuala Terengganu.

Kem Solat itu yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu Daerah Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi dikendalikan oleh 9 orang Fasilitator yang diketuai Ustaz Luqman Hakim bin Kamil daripada Unit Khidmat Masyarakat Yayasan Islam Terengganu berakhir pada jam 2.00 petang.

Di antara pengisian kem solat itu adalah seperti teori dan praktikal wudhuk serta praktikal solat yang bermatlamatkan supaya murid KAFA dapat menguasai bacaan solat, tajwid serta membetulkan perbuatan dalam solat.

Diharapkan dengan adanya kem solat itu dapat melahirkan generasi yang sentiasa patuh dan mengamalkan tuntutan fardhu a’in seterusnya menjadikan murid-murid KAFA seorang yang beriman dan berakhlak mulia.

Kem Solat Murid KAFA Kuala Terengganu 2023 1

Kem Solat Murid KAFA Kuala Terengganu 2023 2

Kem Solat Murid KAFA Kuala Terengganu 2023 3

Kem Solat Murid KAFA Kuala Terengganu 2023 4