Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
21 Mac 2023 - Delegasi JAKIM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil telah melakukan kunjungan hormat ke Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor pada pagi ini.

Delegasi JAKIM telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Tuan Haji Anas bin Ayob, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Tuan Haji Muhamad Asmadi bin Mustakim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tuan Haji Solehkan bin Roup, Ketua Sektor Pentadbiran, Tuan Abd. Halim bin Saljadi, serta pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Antara pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM yang turut bersama dalam majlis ini ialah Us Mohd Yusof bin Sham dari Unit Pemantauan, Ustazah Nurul Firdaus binti Rusli dari Unit Latihan, Us Kamaruzzaman bin Husni dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat serta Cik Nur Amirah binti Muhamad Zharaubi dari Unit Pemantauan.

Dalam kunjungan hormat ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan pengurusan kaedah penarafan sekolah, pengurusan latihan dan pengurusan data pendidikan Islam.

Diharapkan hasil program ini dapat memperolehi input dan maklumat antara kedua-dua pihak dalam memperkemaskan pengurusan Pendidikan Islam di peringkat negeri dan persekutuan.

Kunjungan Hormat Pembangunan Latihan ke JAIS 1

Kunjungan Hormat Pembangunan Latihan ke JAIS 2

Kunjungan Hormat Pembangunan Latihan ke JAIS 3

Kunjungan Hormat Pembangunan Latihan ke JAIS 4