Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
21 Mac 2023 - Delegasi JAKIM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil telah melakukan kunjungan hormat ke ACIS UiTM di Bangunan ACIS, UiTM Shah Alam, Selangor pada jam 3.00 petang. Antara pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM yang turut bersama dalam majlis ini ialah Us Mohd Yusof bin Sham dari unit Pemantauan, Ustazah Nurul Firdaus binti Rusli dari Unit Latihan, Us Kamaruzzaman bin Husni dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat serta Cik Nur Amirah binti Muhamad Zharaubi dari Unit Pemantauan.

Delegasi JAKIM telah disambut oleh Professor Madya Dr Ts Mohd Nor bin Mamat, Pensyarah Kanan, ACIS UiTM, Ts Siti Fatahiyah binti Mahmood, Pensyarah Kanan, ACIS UiTM, Tuan Haji Zawawi bin Temyati, Pengarah, Pusat Pengajian Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS).

Dalam kunjung hormat ini, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan pengurusan pembelajaran jarak jauh untuk perkembangan pembelajaran kemahiran pedagogi guru KAFA seluruh negara.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperolehi input dan maklumat untuk pembangunan modul pengurusan kemahiran pedagogi guru KAFA yang akan dilaksanakan.

Kunjung Hormat JAKIM ke ACIS UiTM Shah Alam 1

Kunjung Hormat JAKIM ke ACIS UiTM Shah Alam 2

Kunjung Hormat JAKIM ke ACIS UiTM Shah Alam 3

Kunjung Hormat JAKIM ke ACIS UiTM Shah Alam 4