Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
6 Mac 2023 - Unit Pemantauan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Pemantauan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam Tahun 2020 dan 2021 Negeri Perlis pada 6 Mac hingga 8 Mac 2023 yang lalu. Pemantauan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan penggunaan bantuan peruntukan berkenaan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara Institusi Pendidikan yang terlibat dalam pemantauan ini di Daerah Arau dan Padang Besar Perlis ialah Sekolah Rendah Islam Al Azhar, Sekolah Rendah Islam Mithali Aqrab, Ma'had Tahfiz Al Quran Nurul Saadah dan Madrasah Dar Al Quran Wal Hadeeth.

Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Jaminan dan Kualiti, bahagian Pendidikan JAKIM, Encik Mohd Yusof bin Sham, Encik Mohd Syaifuddin bin Sutan dan Cik Amirah binti Mohemed Zharaubi, pegawai dari Unit Pemantauan Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM.

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa setiap institusi dapat menggunakan peruntukan dan melaksanakan setiap projek mengikut skop dan garis panduan yang telah diluluskan. Diharapkan peruntukan yang diterima dapat membantu pihak Institusi Pendidikan Islam dapat beroperasi dengan lebih baik.

Pemantauan Peruntukan 2020 2021 Kepada Perlis 1

Pemantauan Peruntukan 2020 2021 Kepada Perlis 2

Pemantauan Peruntukan 2020 2021 Kepada Perlis 3

Pemantauan Peruntukan 2020 2021 Kepada Perlis 4

Pemantauan Peruntukan 2020 2021 Kepada Perlis 5