Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
15 MAC 2023 - Unit Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Daerah Pasir Mas, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) telah mengadakan Taklimat Pengurusan KAFA Derah Pasir Mas Siri 2/2023 bertempat di bilik Wawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas.

Taklimat ini dihadiri oleh 56 orang penyelaras KAFA daerah Pasir Mas. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan mereka jelas dengan tugasan mereka berkaitan dengan borang cuti rehat, borang cuti tanpa elaun dan penyediaan dokumen tuntutan elaun.

Diharapkan taklimat ini dapat memberi pendedahan dan dapat membantu semua penyelaras KAFA agar lebih jelas dengan tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada semua penyelaras KAFA daerah Pasir Mas.

Pengurusan KAFA
Pengurusan KAFA2
Pengurusan KAFA3
Pengurusan KAFA4