Kurator Berita : Darul Quran
2 April 2023 - Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Tujuan kunjungan ini diadakan bagi membincangkan kerjasama dalam mengadakan Program Bakti Huffaz Perdana anjuran Darul Quran yang akan diadakan pada bulan Jun 2023 bertempat di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Delegasi Darul Quran telah disantuni oleh Pengarah JAIP, Dato' Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz. Hadir sama pegawai-pegawai JAIP yang lain terdiri dari Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Masjid dan Bahagian Dakwah. Turut serta Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar dan pegawai-pegawai Unit Kemahiran Insaniah Darul Quran.

Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara Darul Quran dan JAIP dalam medan dakwah bersama masyarakat.


DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 1

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 2

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 4

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 5

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 6

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 7

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 8

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP 9