Kurator Berita : Darul Quran
3 April 2023 - Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Afandi bersama pegawai-pegawai Sektor Pengurusan telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran. Kunjungan ini diadakan bertujuan meninjau operasi di Darul Quran sebagai salah satu Bahagian berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) JAKIM.

Pertemuan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pendaftar Darul Quran. Seterusnya penyampaian amanat oleh Tuan Haji Ahmad Fuad yang memberi fokus kepada isu-isu pengurusan kewangan khususnya tanggungjawab PTJ. Pegawai-pegawai Darul Quran turut diberi peluang untuk mengajukan soalan-soalan kepada beliau.

Dalam sesi kunjung hormat ini, Tuan Haji Ahmad Fuad turut mengambil peluang melawat bangunan-bangunan asrama, cafeteria dan kuarters kakitangan. Semoga kunjungan ini dapat meningkat lagi kualiti pengurusan Darul Quran.


KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 1

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 2 1

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 3

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 4

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 5

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 6

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 7

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 8

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 9

KUNJUNG HORMAT TKPP JAKIM KE DQ 10