Kurator Berita : Darul Quran
13 April 2023 - Sempena Ramadan al-Mubarak tahun ini, Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) telah mengadakan Majlis Iftar Perdana 1444H kepada warga Darul Quran. Majlis yang dihadiri oleh kakitangan, keluarga serta para pelajar ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Agenda program ini dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan gotong-royong menyediakan bubur lambuk. Seterusnya pada jam 5.00 petang, program diteruskan dengan Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan oleh pelajar-pelajar Darul Quran. Disusuli dengan Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Biarpun majlis pada hari ini diadakan secara santai dan sederhana, diharapkan ianya dapat menjadi satu medium untuk merapatkan lagi tali persaudaraan serta mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Darul Quran selain dapat menyemai rasa cinta terhadap al-Quran melalui ceramah yang telah disampaikan.

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 1

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 2

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 3

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 4

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 5

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 6

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 7

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 8

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 9

Pusat Islam Darul Quran Anjur Iftar Perdana 10