Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
KELANTAN- Seramai 37 orang guru penyelaras KAFA daerah Tumpat telah menghadiri Taklimat Buku Teks KAFA pada 16 Mac 2023. Taklimat ini telah diadakan di dewan gerakan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat yang dianjurkan oleh Unit KAFA daerah Tumpat, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

Taklimat ini adalah untuk menerangkan kepentingan penggunaan buku teks KAFA untuk guru dan murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat mengoptimamkan penggunaan buku teks KAFA agar digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Kelantan.

Taklimat Buku Teks Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Kafa Daerah Tumpat1

Taklimat Buku Teks Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Kafa Daerah Tumpat2