Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
29 APRIL 2023, Unit KAFA Daerah Kota Bharu, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) telah mengadakan Taklimat Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA (PKAFA) Daerah Kota Bharu 2023.

Taklimat ini telah diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu dengan melibatkan seramai 1500 orang guru KAFA daerah Kota Bharu. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) iaitu Puan Siti Nor Jihan binti Saleh@Md Ghazali. Di dalam taklimat tersebut, beliau memberi pendedahan mengenai peraturan-peraturan pelaksanaan program KAFA yang perlu dipatuhi dalam pengoperasian KAFA.

Diharapkan semua guru KAFA terutama daerah Kota Bharu memahami peraturan-peraturan pelaksanaan program KAFA yang telah ditetapkan.

Taklimat Peraturan peraturan Pelaksanaan Program KAFA PKAFA Daerah Kota Bharu 2023 1 min

Taklimat Peraturan peraturan Pelaksanaan Program KAFA PKAFA Daerah Kota Bharu 2023 2 min

Taklimat Peraturan peraturan Pelaksanaan Program KAFA PKAFA Daerah Kota Bharu 2023 3

Taklimat Peraturan peraturan Pelaksanaan Program KAFA PKAFA Daerah Kota Bharu 2023 4