Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SUNGAI PETANI, 8-10 Mei 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah melaksanakan Bengkel Pengurusan Runding Cara / Khidmat Nasihat Siri 2/2023 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani Kedah pada 8 hingga 10 Mei 2023. Bengkel ini disertai 40 orang perundingcara Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) seluruh Malaysia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaras, menyeragam dan meningkatkan pengurusan pelaksanaan perkhidmatan runding cara agar lebih sistematik melalui penyediaan proses kerja runding cara. Di samping itu, melalui penyediaan proses runding cara/khidmat nasihat ini dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan runding cara di JAIN agar dapat menjadikan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama dalam masyarakat komuniti setempat.
Selain itu juga, bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran pegawai runding cara dalam memberi perkhidmatan runding cara dan nasihat yang lebih profesional dalam membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam menggunakan intervensi kerohanian.

Bengkel pada kali ini telah menghasilkan semakan Kod Etika Runding Cara/Khidmat Nasihat dan Panduan Pelaksanaan Runding Cara/Khidmat Nasihat JAIN. Peserta turut diberi latihan berkaitan pelaksanaan sesi runding cara melalui pendekatan Kaunseling Syarie : Tazkiyatun Nafs.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pembangunan Keluarga, Bahagian KSK JAKIM. KPPK dalam ucapannya berharap agar panduan yang disediakan dapat menghasil satu proses yang seragam di semua JAIN dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat awam. Diharapkan agar perkhidmatan runding cara/khidmat nasihat terus dimartabatkan dan menjadi rujukan utama masyarakat.

Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 1 min

Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 2 min



Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 4 min

Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 5 min

Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 6 min

Bengkel Pengurusan Rundingcara Khidmat Nasihat Siri 22023 7 min