Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PORT DICKSON, 8-10 Mei 2023 - Alhamdulillah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan Jabatan Penjara Malaysia telah berkolaboratif dengan jayanya dalam menganjurkan Kursus Pascaperkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia pada 8 hingga 10 Mei 2023 berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam yang telah dibangunkan oleh JAKIM.

Program ini telah membuka lembaran baru bagi kerjasama pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam di peringkat Jabatan Penjara Malaysia. Kursus yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di The Academy DRB Hicom Learning Center, Port Dickson ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) JPM.

Manakala ucapan alu-aluan pula telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Hadir sama adalah YBrs. Haji Mohd Norizan bin Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM, YBrs. TKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, JPM dan YBrs.Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling, JPM.

Pihak JAKIM turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihak JPM sebagai tanda penghargaan atas kejayaan sinergi penganjuran Kursus Pascaperkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023.

Modul yang dibangunkan oleh JAKIM bersama dengan rakan strategik ini bertujuan untuk membantu menyemarakkan hubungan suami isteri selain dari memberi ilmu tambahan berkaitan kekeluargaan. Tahniah buat semua pasangan suami isteri yang terpilih mengikut kursus ini. Moga kalian terus berbahagia dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Selain Jabatan Penjara Malaysia, JAKIM turut bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian kerajaan dan lain-lain agensi dalam menganjurkan Kursus ini. Bahagian ini sangat mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan modul ini serta ingin menjadi pelaksana kursus ini.

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 1 min

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 2 min

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 3 min

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 4 min

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 5

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 8

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 9

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 10