Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Sarawak atas kejayaan penganjuran Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara objektif kursus ini adalah untuk melatih barisan pelapis fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam, melahirkan barisan fasilitator yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu mengendalikan slot LDK berpandukan modul bagi menggerakkan pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam di seluruh Malaysia.

Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 41 orang kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak dan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 hingga 15 Jun 2023 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Jamaludin bin Taim, Ketua Bahagian Kemajuan Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Sarawak mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Sepanjang program ini dijalankan, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan berdasarkan 4 fasa (tempoh perkahwinan) iaitu Fasa Bulan Madu (5 tahun tempoh usia perkahwinan) , Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun) , Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun keatas). Para peserta diminta untuk melaksanakan simulasi berdasarkan setiap modul yang terdiri daripada beberapa slot seperti π˜ͺ𝘀𝘦 𝘣𝘳𝘦𝘒𝘬π˜ͺ𝘯𝘨, Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Aku Janji. Slot LDK sepanjang program ini telah dikendalikan oleh Master Trainer terlatih, Tn. Hj. Hasli bin Hj. Othman. Pada akhir program setiap peserta telah dianugerahkan Sijil Kursus Asas Fasilitator dari JAKIM sebagai tanda pengiktirafan sebagai fasilitator.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua fasilitator dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat khususnya di negeri Sarawak.

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 1

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 2

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 3

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 4

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 5

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 6

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 7

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 8

Kursus Asas Fasilitator PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2023 9

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti Terengganu 6 min