Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

KOTA BHARU , 19-20 JUN 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti telah mengurusetiakan Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju' dan Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri Seluruh Malaysia (KPNCR dan KPJKSN/ MSN) kali ke -11, tahun 2023.  Persidangan telah diadakan pada 19 -20 Jun 2023 bertempat di H Elite Design Hotel Kota Bahru, Kelantan. Persidangan ini turut diurusetiakan secara bersama oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji  Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM selaku Pengerusi bersama persidangan. Ia merupakan persidangan tahunan kedua-dua agensi yang bertujuan untuk menyelaras perkara berkaitan pengurusan pernikahan, perceraian dan ruju’ serta perundangan di Malaysia yang melibatkan JAKIM, JKSM, JAIN serta JKSN/MSN. Ahli-ahli dalam persidangan ini terdiri  daripda Ketua Pendaftar JKSN/MSN dan Ketua Pendaftar NCR JAIN.

Persidangan ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), JKSM selaku timbalan pengerusi bersama. Satu kertas kerja berkaitan Kertas Konsep Arahan Amalan Tahun 2022 : Kebenaran Pernikahan Menggunakan Wali Raja/Hakim Atas Perintah Mahkamah Syariah di Sesebuah Negeri Tidak Boleh Diterima Di Negeri Lain Kecuali Perintah Tersebut Diendorskan Semula di Negeri Di Mana Pernikahan Akan Dilangsungkan telah dibentang dalam persidangan.  Di samping itu juga, perbincangan berkaitan Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan. Dengan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Nikah Sindiket) Warganegara Malaysia di Selatan Thailand Bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla serta Majlis Agama Islam di Lima (5) Wilayah Selatan Thailand bagi mengenal pasti isu-isu yang akan dibangkitkan sepanjang lawatan kerja ini.

Kedua-dua pengerusi bersama berharap agar isu-isu berkaitan dapat dibincangkan dalam mencari solusi agar penyelarasan dan penyeragaman dapat diselesaikan bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Melalui persidangan inilah yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta membincangkan secara holistik isu-isu yang timbul untuk diselesaikan.  Usaha “berganding bahu” ini amat penting dalam memastikan sistem pengurusan NCR dan perundangan Islam seiring dan sistematik.

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 1

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 2

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 3

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 4

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 5

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 6

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 7

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 8

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 9

Persidangan Ketua Ketua Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Dan Ketua Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri kali ke 11 2023 10