Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

KUCHING , 3-6 JULAI 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan perkhidmatan sokong bantu melalui 3 pendekatan iaitu kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie. Pendekatan ini telah diperkenalkan sebagai kaedah alternatif dalam menangani isu kekeluargaan dan sosial semasa.  Dalam usaha meluaskan perkhidmatan ini, JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) giat melaksanakan program peningkatan kompetensi dan pendedahan berkaitan pendekatan ini kepada pegawai khidmat nasihat dan perunding cara seluruh Malaysia.

Pada 3 hingga 6 Julai 2023, program seumpama ini telah diadakan di Raia Hotel Sarawak yang merupakan program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Seramai 40 orang pegawai khidmat nasihat dan runding cara seluruh Negeri Sarawak telah menyertai program ini yang khusus memberi pendedahan berkaitan pengaplikasian pendekatan kaunseling syarie dalam menangani isu-isu kekeluargaan. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Jamaludin bin Taim, Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk JAIS dan YBrs. Puan Safura binti Ahmad Sharkawi, Pemangku Ketua Bahagian, Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie, JAIS.

Program ini merupakan inisiatif dalam usaha mendayaupayakan pegawai rundingcara bagi meningkatkan tahap kompetensi membantu institusi keluarga yang bermasalah.  Pembentukan keluarga berasaskan agama dapat menjadi tonggak kepada pengukuhan institusi keluarga.  Khidmat nasihat yang menggunakan pendekatan spiritual dan agama adalah merupakan suatu usaha membantu mengembalikan kefungsian keluarga bagi menikmati kesejahteraan hidup.

Pengarah KSK dalam ucapan penutupnya berharap agar program ini dapat melahirkan peserta yang kompeten dan dapat meningkatkan kemahiran pegawai khidmat nasihat, pegawai rundingcara dan kaunselor dalam memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat yang lebih profesional dalam membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam menggunakan intervensi kerohanian.  Ini seterusnya akan menjadikan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama dalam masyarakat komuniti setempat.

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 1 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 2 min


Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 3 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 4 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 5 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 6 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 7 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 8 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 9 min

Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Dan Perunding Cara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Peringkat Negeri Sarawak 10 min