Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Perkembangan masa kini yang menyaksikan kepentingan untuk memberi latihan secara lebih bersistematik, berstruktur dan seragam telah membawa kepada kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk menganjurkan Kursus Asas Training of Trainer (TOT) Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan islam (MBKPI) pada 4-6 Julai 2023 bertempat di Kuantan, Pahang.

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam1 min

Seramai 40 orang kakitangan JAIP yang terlibat dalam hal ehwal berkaitan pentadbiran perkahwinan Islam dari seluruh daerah Pahang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlansung. Peserta yang hadir menerima penyampaian dari jurulatih yang terlibat dalam pembangunan modul serta yang berkepakaran dalam bidang, antaranya Ustaz Norzaidan bin Hamad, Tuan Haji Norazman bin Amat, Dr. Tuty Aridzan Irdawati binti Mahsinon, Ustazah Sazilarahimi bin Sapawi, Tuan Mohd Azizuddin bin Abdullah dan Ustaz Muhammad Taib Anajmi bin Rabu. Kursus ini merupakan latihan yang seterusnya akan memberi pengiktirafan kepada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam yang terlatih dalam mengendalikan modul.

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam2 min

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam3 min

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam4 min

Program di akhiri dengan majlis perasmian penutupan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Mohd Rasmawi bin Harun, KPP Bahagian Undang-undang Keluarga Islam (UUKI), JAIP dan Puan Noor Haliza binti Ali, KPP Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM yang mewakili Pengarah Bahagian KSK, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani.

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam5 min

Jakim Bersama JAIP Perkasa Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam6 min