Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 7 hingga 9 Julai 2023, bertempat di Dewan Makan Tingkat 2, Blok B JAKIM Putrajaya, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat Kebangsaan 2023. Kuiz Dini merupakan salah satu acara yang akan dipertandingkan pada MIISMAM. Bengkel ini di hadiri pensyarah- pensyarah bahasa arab dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor serta Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan.

Antara objektif bengkel ini ialah untuk memilih dan menentukan soalan yang akan dikemukankan kepada peserta dalam pertandingan Kuiz Dini . Sebanyak 600 soalan terkumpul dalam pelbagai kategori seperti usuluddin, syariah, akhlak, isu semasa dan sebagainya.

Bahagian Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Bengkel pada kali ini.

Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan 2023 1

Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan 2023 2

Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan 2023 3

Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan 2023 4

Bengkel Kuiz Dini Mahrajan Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan 2023 5