Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 1

10 – 13 Julai 2023 (Isnin - Khamis) bersamaan 21 hingga 24 Zulhijjah 1444H, Bahagian Dakwah, JAKIM telah  menganjurkan Kursus Training of Trainers (ToT) Program MyInsaniah Siri 3/2023 bagi modul Jati Diri dan Modul Citra Malaysia bertempat di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Telaga Air, Kuching Sarawak. Program ini telah disertai oleh 39 orang kakitangan JAKIM di Ibu Pejabat dan kakitangan Kader JAKIM di Kementerian, Jabatan dan Agensi. Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM.

Objektif kursus (ToT) ini adalah seperti berikut:

  1. Memperkasakan kefahaman Modul MyInsaniah di kalangan penceramah dan fasilitator supaya dapat menyampaikan modul tersebut dengan baik dan berkesan;
  2. Melahirkan penceramah dan fasilitator yang berkualiti, berketrampilan, berdaya tahan dan menjadi suri tauladan; dan
  3. Melahirkan penceramah dan fasilitator yang mampu menjadi pemimpin kepada peserta program MyInsaniah

Program ini dikendalikan oleh Jurulatih Kebnagsaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia bagi simulasi aktiviti pecah bendung (ice breaking), latihan dalam kumpulan (LDK), Simulasi Kuliah (KULIM) dan riadah bermodul. Sesi slot ilmu pula telah disampaikan oleh para penceramah terdiri daripada YBhg. Professor Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Puan Maryam binti Md. Zin, Jabatan Agama Islam Selangor dan Encik Zurkurnain bin Hassan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Para peserta telah didedahkan dengan pengisian 2 modul, iaitu Modul Jati Diri dan Modul Citra Malaysia.

Program ini telah melatih bakal penceramah dan fasilitator Program Myinsaniah bagi pelaksanaan Program MyInsaniah dikalangan pelajar sekolah menengah atau institut pengajian awam atau swasta yang terpilih bagi meningkatkan jati diri peserta atau semangat patriotisme dan semangat cintakan negara.

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 2

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 3

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 4

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 5

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 6

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 7

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 8

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 9

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program MyInsaniah Siri 3 2023 10