Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
8 Julai 2023 - Paloh, Tanah Merah. Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Ihtifal KAFA Negeri Kelantan Bil. 3/2023 yang melibatkan Jawatankuasa seramai 80 orang yang terdiri dari Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA dan Guru KAFA yang dilantik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Nor Jihan binti Saleh @ Md Ghazali (Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan).

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Kelantan akan berlangsung pada 1-3 Ogos 2023, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut Terengganu. Peserta yang menyertai program tersebut adalah seramai 330 orang pelajar KAFA Negeri Kelantan termasuk SRITI Negeri Kelantan. Ihtifal KAFA merupakan satu acara kemuncak bagi aktiviti kokurikulum, yang mencungkil bakat pelajar KAFA.Turut diadakan cabutan nombor giliran bagi kontinjen yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Mesyuarat Majlis Ihtifal KAFA Negeri Kelantan Bil 3 2023 1

Mesyuarat Majlis Ihtifal KAFA Negeri Kelantan Bil 3 2023 2

Mesyuarat Majlis Ihtifal KAFA Negeri Kelantan Bil 3 2023 3