Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
Pada 14 hingga 16 Julai 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan dalam Perundangan Islam (“Sidang Pakar”) di Hotel Villea Morib, Banting, Selangor. Sidang Pakar ini merupakan salah satu program di bawah Pasukan Petugas (Task Force) Bagi Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Sistem Perundangan Islam yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan.

Sidang Pakar ini bertujuan untuk melihat isu dan mengesyorkan penambahbaikan dalam bidang Syariah dan  latihan lanjutan, kepeguaman syarie, pendakwaan dan penguatkuasaan, kehakiman serta governans dan tadbir urus. Sidang Pakar ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamarudin dan dihadiri oleh YAA Hakim Syarie, Ketua Pendakwa Syarie, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, ahli akademik dan Peguam Syarie.

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 1

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 2

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 3

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 4

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 5

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 6

Sidang Pakar Pemantapan Profesionalisme Modal Insan Dalam Perundangan Islam 7