Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Putrajaya 22 Julai 2023 - Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Mentei (Hal Ehwal Islam) menganjurkan Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Program yang amat penting dalam meakar pengukuhan Islam demi membangun Malaysia MADANI ini diadakan untuk mempromosi pembudayaan ilmu dan tradisi Islam melalui kitab Sahih Al-Bukhari dengan membawakan tokoh-tokoh ulama tempatan dan antarabangsa.

Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari ini dimulakan dengan Syarahan Penggenalan Penghayatan Sahih Al-Bukhari daripada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Lukman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan diikuti dengan syarahan Madkhal Ila Sahih Al-Bukhari oleh Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari yang merupakan Ulama al-Azhar, Mesir dan Penasihat Kepada Presiden Republik Arab Mesir (Hal Ehwal Agama).

Seramai lebih 3000orang tetamu hadir yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, NGO Islam, para ilmuan dan cendikiawan Islam serta orang awam.

Kemuncak Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari ini adalah Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan serta syarahan perdana dan doa yang disampaikan oleh Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa iaitu Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India.

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 1

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 2

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 3

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 4

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 5

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 6R

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 7

SEMINAR PENGHAYATAN SAHIH AL BUKHARI DAN PELUNCURAN MAJLIS HADIS SAHIH AL BUKHARI 2023 8