Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

Putrajaya, 24 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Persidangan Eksekutif Minda Maqasid (Executive Conference on Maqasid Mindset [Al-Tafkir Al-Maqasidiy]) bertempat di Dewan Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Ia merupakan salah satu langkah awal dalam menyambut saranan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri untuk memperkasa dan memperluas peranan jabatan ini merentasi pelbagai bidang. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

Sesi pleno Persidangan ini telah disampaikan oleh panel jemputan, Prof. Jasser Auda yang merupakan pengasas dan Presiden Maqasid Institute Global, berpusat di Toronto, Kanada. Sebelum itu, Dr. Zaid Barzinji, Pengarah Eksekutif Maqasid Institute Global telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan peranan dan fungsi yang dimainkan oleh institusi tersebut.

Dalam pembentangan beliau, Prof Jasser Auda telah menerangkan 14 perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penggubalan dasar berasaskan Maqasid Syariah dalam pembentangannya yang bertajuk Pembangunan Minda Maqasid dalam Penggubalan Dasar ke Arah Mencapai Kesejahteraan Sosio-Ekonomi (Development of Maqasid Mindset in Policymaking for the Pursuit of Socioeconomic Wellbeing). Beliau turut menyatakan bahawa; “saya mendapati amat penting bagi JAKIM untuk mengambil peranan menyumbang kepada penggubalan dasar yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi lain serta membina pemikiran berasaskan perspektif Islam untuk kebaikan Malaysia berasaskan Maqasid Syariah”.

Seramai 200 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pembuat dasar dari pelbagai kementerian dan pegawai-pegawai di institut latihan awam telah menghadiri program ini. Ia juga telah disiar dan dirakamkan di laman rasmi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tontonan secara maya di https://fb.watch/m1us6h6GJr/.

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 1 min
Ketibaan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 2 min
Dif-dif jemputan bersama para peserta.

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 3 min
Ucaptama disampaikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 4 min
Sesi pleno disampaikan oleh Prof. Jasser Auda, Presiden Maqasid Institute Global.

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 5 min
Ucapan disampaikan oleh Dr. Zaid Barzinji, Pengarah Eksekutif Maqasid Institut Global.

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 6 min

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 7 min

Persidangan Eksekutif Minda Maqasid Executive Conference On Maqasid Mindset 2023 8 min