Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

25-27 JULAI /KOTA TINGGI, JOHOR

Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) atas kejayaan penganjuran Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara objektif kursus ini adalah untuk melatih barisan pelapis fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam, melahirkan barisan fasilitator yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu mengendalikan slot LDK berpandukan modul bagi menggerakkan pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam di seluruh Malaysia.

Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 18 orang kakitangan Jabatan Agama Islam Johor dan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 25 hingga 27 Julai 2023 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Saipol Rahman bin Hj. Amat, Timbalan Pengarah Pengurusan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Sepanjang program ini dijalankan, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan berdasarkan 4 fasa (tempoh perkahwinan) iaitu Fasa Bulan Madu (5 tahun tempoh usia perkahwinan) , Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun) , Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun ke atas). Para peserta diminta untuk melaksanakan simulasi berdasarkan setiap modul yang terdiri daripada beberapa slot seperti Ice Breaking, Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Akujanji. Slot LDK sepanjang program ini telah dikendalikan oleh Master Trainer terlatih, Tn. Norzaidan bin Hamad. Pada akhir program setiap peserta telah dianugerahkan Sijil Kursus Asas Fasilitator dari JAKIM sebagai tanda pengiktirafan sebagai fasilitator.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua fasilitator dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat khususnya di negeri Johor.

Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 1 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 2 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 3 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 4 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 6 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 7 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 8 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 9 min
Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam Peringkat Negeri Johor 10 min