Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
ULU BERNAM , 27-29 JULAI 2023 – JAKIM melalui Bahagian Keluarga dan Komuniti dengan bekerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjayakan program Mukhayyam Komuniti Disayangi (Transgender) bagi tahun 2023 yang bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre, Selangor. Program melibatkan 30 orang peserta daripada Negeri Selangor dan 30 orang peserta daripada Negeri Johor.

Program 3 hari 2 malam tersebut padat dengan pelbagai aktiviti. Program kali ini menitikberatkan aktiviti keagamaan dan kerohanian, aktiviti lasak dan aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti lasak yang dijalankan adalah dengan merentas sungai dan jungle tracking. Selain itu juga, peserta diuji dan diberi pendedahan dalam  slot psikologi yang disampaikan oleh  Puan Zarina binti Hamzah, Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Hulu Selangor. Slot - slot sepanjang program ini dikendalikan oleh Al Iman Motivation Training yang diketuai oleh Al-Fadil Ustaz Hanafiah bin Abd Malek.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir pada majlis perasmian program    ialah Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ustazah Maimunah binti Othman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negari Johor (JAINJ). Semoga kerjasama strategik antara agensi agensi ini berterusan dalam membantu pemulihan komuniti ini.

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 0

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 1

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 2

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 3

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 4

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 5

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 7

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 8

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 9

Program Mukhayyam Komuniti Disayangi Tahun 2023 10