Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Julai 2023 | Putrajaya – Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), JAKIM telah melaksanakan program Bicara Undang-Undang: Kekasihku.... Love Scammer ?!  pada 20 Julai 2023 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Program ini mendapat sambutan hampir 200 orang peserta terdiri dari kakitangan dan Kader JAKIM di Kementerian dan Jabatan serta penjawat awam sekitar Putrajaya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Program Bicara Undang-Undang ini menampilkan pakar dalam bidang jenayah komersil atau lebih dikenali sebagai “Duta Anti Scam” iaitu Tuan ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Ketua Bahagian Siasatan dan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Antara objektif program ini ialah memberikan pendedahan kepada penjawat awam amnya dan warga JAKIM khusunya berkenaan jenayah komersil dan fokus utama ialah love scam. Sesi perkongsian beberapa kes berkaitan disampaikan kepada peserta agar dijadikan teladan supaya tidak terjerumus sebagai mangsa scammer. Pihak PDRM juga berkongsi beberapa tips dan kaedah mengenali scammer dan cara mengatasi sekiranya telah menjadi mangsa scammer.

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 1

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 2

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 3

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 4

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 5

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 6

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 7

Bicara Undang Undang Kekasihku Love Scammer 8