Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

BAGAN LALANG, SELANGOR, 4-6 Ogos 2023 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana julung-julung kalinya telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu" (usia perkahwinan 0-5 tahun) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor dengan penyertaan seramai 16 orang peserta (8 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Jalil Husni bin Yahaya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan perkhidmatan Awam. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Aku Janji  dalam program ini.

yabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu" 2023. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 1

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 2

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 3

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 4

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 5

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 6

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 7

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 8
Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 9

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu Anjuran JPA Dengan JAKIM 10