Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

SUNGAI PETANI , 18-20 OGOS 2023 – JAKIM melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti dgn kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah MAIK dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia PEMADAM Negeri Kedah telah menganjurkan Program Rakan Setia Komuniti Klien AADK Negeri Kedah. Program disertai seramai 38 org peserta dalam kalan klien AADK dari pelbagai daerah di Negeri Kedah.

Pengisian program kali ini menitik beratkan kerohanian Islam melalui pendekatan Psikospiritual Islam. Peserta juga didedahkan dengan kelebihan terapi solat dan zikir serta pemulihan diri melalui ilaj syarie yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, yang merupakan pendakwah bebas dan kaunselor di KSK Care Centre (KSKCC). Peserta juga mengikuti slot - slot kerohanian dan aktiviti luar ynag dikendalikan oleh Ustaz Azki Hafizi bin ibrahim dan barisan fasilitator.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh YBrs. Pn. Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah Pn. Rajeshwari a/p Gonoselan mewakili Pengarah AADK Negeri Kedah dan Tn. Haji Abd Malek bin Baharuddin mewakili PEMADAM Negeri Kedah. Diakhir program peserta menerima kit Makanan yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Semoga program ini dapat membantu kepulihan Klien AADK.

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 1 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 2 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 3 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 4 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 5 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 6 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 7 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 8 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 9 min

Program Rakan Setia Komuniti Klien Aadk Negeri Kedah 10 min