Kurator Berita : Darul Quran

23 Ogos 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran dan Masjid Negara dengan kerjasama Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran) serta Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) telah menganjurkan program Liqa’ Ahlil Quran. Liqa’ Ahlil Quran yang diadakan di Dewan Syarahan Masjid Negara ini merupakan program perkongsian ilmu oleh empat orang Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Tahun 2023. Empat orang hakim tersebut ialah Prof. Dr. Ahmed Isa El-Masarawy dari Mesir, Dr. Abdul Rashid Sufi dari Qatar, Dr. Samih Ahmad Khaled Athamneh dari Jordan dan Dr. Mohammed Ali Aatafay dari Morocco.

Program ini diadakan bagi mengambil peluang dan kesempatan keberadaan tokoh-tokoh al-Quran bertaraf dunia yang menjadi hakim di Malaysia sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Tahun 2023. Para peserta yang dijemput untuk menyertai program ini pula merupakan para huffaz dari seluruh Malaysia.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff. Turut hadir Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengerusi MATA merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said serta Penasihat MATA, Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz yang juga mantan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengetua Darul Quran. 

Semoga para peserta mendapat input yang bermanfaat hasil daripada perkongsian para masyaikh yang hebat ini.

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 1

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 2

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 3

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 4

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 5

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 6

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 7

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 8

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 9

DQ Penganjur Bersama Program Liqa Ahlil Quran 10