Kurator Berita : Darul Quran
25 Ogos 2023 - Majlis perhimpunan pelajar telah dilaksanakan di Dewan Muktamar yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sijil, Diploma, Ijazah serta para pegawai Darul Quran. Majlis perhimpunan ini merupakan aktiviti bulanan bagi perjumpaan Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim bersama anak-anak pelajar Darul Quran. Tujuan ia diadakan agar dapat mengeratkan ukhuwah di antara pihak pengurusan Darul Quran dengan pelajar-pelajar daripada semua program pengajian. Di samping menjadi medium untuk menyampaikan maklumat, teguran serta nasihat supaya para pelajar dapat meningkatkan motivasi, jati diri dan kesedaran.

Majlis dimulakan dengan slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor Darul Quran, Dr. Mohd Zaharen bin Md Zahir yang bertajuk: "Bagaimana Pelajar Tahfiz Membentuk Remaja Delinkuen Alaf Millennial". Selepas itu diteruskan dengan agenda utama iaitu penyampaian amanat oleh Pengarah. Antara topik yang disentuh oleh Pengarah dalam majlis perhimpunan kali ini ialah tentang masalah disiplin dan kesejahteraan emosi para pelajar.

Dalam majlis perhimpunan ini, Pengarah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Reka Cipta Grafik Keceriaan Kolej Kediaman yang dianjurkan oleh Unit Kolej Kediaman. Selain itu, Pengarah turut melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Darul Quran bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Semoga dengan penganjuran majlis perhimpunan pada kali ini dapat meningkatkan lagi motivasi dan potensi diri anak-anak pelajar Darul Quran.

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 1

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 2

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 3

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 4

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 5

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 6

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 7

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 8

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 9

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Sempena Bulan Kemerdekaan 10