Kurator Berita : Darul Quran

7 September 2023 – Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan tapak ke Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang sebagai salah satu prasyarat dalam menjalinkan kerjasama akademik antara kedua belah pihak. Kunjungan pada kali ini merupakan langkah susulan ke arah merealisasikan hasrat KITAB untuk mewujudkan kerjasama dengan Darul Quran JAKIM bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat.

Delegasi Darul Quran diketuai oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali dan beberapa orang pegawai kanan. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol selaku Pemangku Rektor KITAB. Delagasi Darul Quran turut dibawa melawat fasiliti yang terdapat di kampus KITAB seperti bilik kuliah, makmal komputer, asrama, kafetaria dan pusat sumber.

Semoga pertemuan ini dapat mencapai hasrat ke arah memperluaskan jaringan kerjasama pendidikan tahfiz di Malaysia.

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 1

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 2

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 3

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 4

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 5

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 6

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 7

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 8

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 9

Lawatan Tapak Ke Kitab Pulau Pinang 10