Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Universiti Malaysia Pahang, Pahang, 4 hingga 8 September 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) peringkat kebangsaan kali ke-22 tahun 2023. Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia peringkat kebangsaan kali ini dan Kontinjen Negeri Terengganu dinobatkan JOHAN keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-22 tahun 2023.

Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA telah disempurnakan pada malam ini oleh YB Encik Fadzli bin Mohd Kamal, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Turut hadir iaitu YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Yang Hormat Dato’ Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta dif-dif kehormat.

KESSUMA merupakan program tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. KESSUMA kali ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 4 hingga 8 September 2023 bertempat di lapangan Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang.

Objektif program KESSUMA adalah untuk menerapkan nilai kesejahteraan dan kemuafakatan serta silaturahim antara pasukan sekolah-sekolah agama dan sebagai medan melahirkan pelajar-pelajar yang cergas fizikal dan cergas minda serta meningkatkan semangat kesukanan seterusnya melahirkan jaguh- jaguh sukan yang hebat di negara kita. Di samping itu, KESSUMA juga bertujuan menyantuni dan mengiktiraf kerjasama strategik antara JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksana di peringkat Kebangsaan sebagai lanjutan pertandingan di peringkat negeri.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang kerana sudi menjadi tuan rumah dan penyertaan dari 12 buah negeri dengan keseluruhan kontijen melebihi 2300 orang berkampung di bumi TOK GAJAH ini dengan cerianya. Peserta KESSUMA adalah terdiri daripada pelajar-pelajar program KAFA dan Sekolah-Sekolah Menengah Agama yang bernaung di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK).

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang kerana memberi kerjasama serta membenarkan segala kemudahan digunakan untuk KESSUMA pada kali ini.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Badminton Lelaki
Johan : Terengganu
Naib Johan : Kelantan
Ketiga : Pahang
Ketiga : Perak

Badminton Perempuan
Johan : Kelantan
Naib Johan : Selangor
Ketiga : Negeri sembilan
Ketiga : Pahang

Sepak Takraw
Johan : Perak
Naib Johan : Johor
Ketiga : Pulau Pinang
Ketiga : Kelantan

Ping Pong Lelaki
Johan : Terengganu
Naib Johan : Kedah
Ketiga : Pahang
Ketiga : Selangor

Ping Pong Perempuan
Johan : Selangor
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Kelantan
Ketiga : Pahang

Bola Tampar Lelaki
Johan : Kelantan
Naib Johan : Selangor
Ketiga : Perak
Ketiga : Pahang

Bola Tampar Perempuan
Johan : Terengganu
Naib Johan : Kelantan
Ketiga : Pahang
Ketiga : Perak

Bola Jaring
Johan : Terengganu
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga : Pulau Pinang
Ketiga : Johor

Bola Sepak
Johan : Kelantan
Naib Johan : Johor
Ketiga : Pahang
Ketiga : Perak

Johan Keseluruhan : Terengganu Darul Iman

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 1

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 3

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 4

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 5

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 6



Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 9

Terengganu Johan Keseluruhan Kessuma Ke 22 Tahun 2023 10