Kurator Berita : Bahagian Dakwah
6 September 2023 (Rabu) | Pulau Redang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan Ziarah Tautan Kasih menyantuni penduduk di Pulau Redang.

Pelbagai program yang direncanakan telah berjalan dengan baik sepanjang hari ini diantaranya program Ziarah ke rumah asnaf serta penyampaian sumbangan.

Program yang diketuai oleh Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Operasi(TKPO) dan diiringi oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Pengarah Kanan Bahagian Penyiaran, wakil-wakil Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM yang diwakili oleh Pos Malaysia Berhad, DRB Hicom dan Masjid Putra. Wakil SDK JAKIM telah memberi sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai.

Pada sebelah malam, telah berlangsung Mini Forum bertajuk Pembentukan Peribadi Rabbani Tonggak Keluarga Mawaddah. Di mana ahli panel terdiri daripada Yang Berusaha Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah dan Yang Berusaha Tuan Muhammad Zamri bin Nik, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu serta moderator iaitu En Imran bin Abdul Rahman, Pegawai JAKIM.

Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ruslan bin Said. Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Pegawai Tadbir Agama Kuala Terengganu, Pengerusi JPPK Pulau Redang dan Pengerusi Masjid Kampung Baru Pulau Redang.

Dalam majlis yang sama penyampaian mock check daripada wakil SDK Jakim DRB HICOM kepada pihak masjid turut disampaikan sebagai simbolik serta penyerahan bakul makanan kepada asnaf di kawasan ini.

Inisiatif yang diambil ini merupakan salah satu bentuk sinergi syarikat korporat bersama-sama dengan JAKIM bagi melestarikan program-program yang telah dirancang sejajar dengan misi penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

Ziarah Tautan Kasih SDK JAKIM Menyantuni Penduduk Pulau Redang 1

Ziarah Tautan Kasih SDK JAKIM Menyantuni Penduduk Pulau Redang 2

Ziarah Tautan Kasih SDK JAKIM Menyantuni Penduduk Pulau Redang 3

Ziarah Tautan Kasih SDK JAKIM Menyantuni Penduduk Pulau Redang 4