Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BANGI, 8-10 SEPTEMBER 2023 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Semarak Kasih" (usia perkahwinan 11-20 tahun) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) , Bangi, Selangor dengan penyertaan seramai 20 orang peserta (10 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Tuan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) . Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Puan A'azah binti Awang Kechik , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Aku Janji  yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Semarak Kasih " 2023. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 1

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 2

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 3

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 4

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 5

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 6

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 7

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 8

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 9

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih anjuran JAWI dengan JAKIM 2023 10