Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA KEDAH – YAN - PADANG TERAP , 9-11 SEPTEMBER 2023 – KSK JAKIM telah berkolaborasi Bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) untuk menjayakan Program Komuniti Madani Sejahtera Bebas Dadah Negeri Kedah. Turut bekerjasama menjayakan program ini adalah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah dan persatuan-persatuan penduduk setempat.

Hari pertama (9.9.2023) pasukan ini menyantuni penduduk di Kuala Kedah Kedah. Program dimulakan dengan slot-slot ceramah dan slot santai Kanak-kanak yang diadakan di Masjid Al Ma’arufi Seberang Kota Kuala Kedah. Slot-Slot ceramah disampaikan oleh pihak KSK JAKIM dan Pasukan Pelindung Kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat( JKM) Negeri Kedah. Manakala slot Bersama kanak-kanak disempurnakan oleh PEMADAM. Disebelah petang pula pasukan ini menyantuni 10 buah rumah di kalangan penduduk yang sakit terlantar disamping menyampaikan bantuan barang dapur.

Hari Kedua (10.09.2023) pula diadakan program di Pulau Song Song, Yan, Kedah. Program melibatkan seramai 35 orang pelajar lepasan SPM ( tingkatan 6). Program santai di pulau ini dikendalikan pihak KSK JAKIM secara slot permainan yang bertujuan melahirkan remaja yang berkualiti dari segi agama dan kehidupan disamping memberi pendedahan tentang dadah dan isunya.

Di hari ketiga (11.09.2023) pasukan ini berada di Felcra Belimbing Tualak, Padang Terap, Kedah bagi menyantuni penduduk di sana pula. Di sebelah pagi kami menyantuni rumah Klien AADK dan penduduk asnaf dan menyampaikan sumbangan serta bertanya khabar. Turut serta dalam ziarah ini adalah penghulu Mukim Padang Terap dan Persatuan Ibu Tunggal. Di sebelah petang pula diadakan program ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah di dewan Flecra Belimbing Tualak dan beberapa acara lain seperti pertandigan memasak. Turut disantuni juga adalah penduduk di Pusat Jagaan Kasih Anak Yatim. Pihak Mc Donald Malaysia juga telah menyumbangkan sebanyak 60 set makanan bagi menyantuni kanak-kanak di Pusat Jagaan Anak Yatim ini dan Kanak-Kanak di Felcra Belimbing Tualak.

Semoga program yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi pendedahan kepada penduduk-penduduk di kawasan terpilih ini (Hotspot dadah) berkaitan dadah dan isu serta langkah pencegahannya.

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 1

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 2

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 3

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 4

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 5

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 6

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 7

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 8

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 9

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEJAHTERA BEBAS DADAH NEGERI KEDAH 10